19 May 2012

Kelantan Juara Piala FA 2012

KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini.
KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar.
Kedua-dua pasukan mencari kejuaraan sulung. Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.
Dan, ini kali pertama Sime Darby muncul di final.
Kemenangan ini sekali gus menghancurkan impian pasukan KL Sime Darby untuk mencipta kejutan selaku pasukan berstatus kelab menjuarai Piala FA buat kali pertama dalam kancah bola sepak negara.

Kejayaan ini turut memberi tuah kepada Kelantan apabila berjaya membawa pulang trofi baru yang berharga RM80,000 sekali gus melengkapkan koleksi trofi kejohanan domestik.

Barisan Pemain:
Kelantan:
Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd
Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.
  
Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).
  
Pengadil: Suhaizi Shukri

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online